PUTRAJAYA: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang mengenal pasti dan menyemak senarai pesawah yang layak untuk mendapat Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (Bernas), kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).
Dalam kenyataan hari ini MAFS berkata LPP selaku agensi pembayar sedang mengenal pasti senarai berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan proses penyaluran bantuan khas berjalan lancar.
Menurutnya penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat di tiga negeri Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan seramai 20,598 pesawah.
"Manakala para pesawah dari negeri-negeri lain di seluruh negara akan menerima bantuan khas ini apabila baki berjumlah RM50 juta disalurkan bermula awal tahun 2023.
"Dianggarkan seramai 240,000 orang pesawah di seluruh negara akan menerima manfaat daripada sumbangan Bernas yang secara keseluruhan berjumlah RM60 juta," menurut kenyataan itu.
MAFS berkata bantuan khas itu merupakan insentif khas kerajaan kepada pesawah oleh Bernas dalam membantu meringankan kos sara hidup para pesawah selain manfaat sedia ada yang disediakan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi (input dan output).
Sebelum ini, Bernas bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pada 31 Dis lepas berkata seramai 20,598 pesawah di Pantai Timur akan menerima manfaat daripada Bantuan Khas Bernas sebanyak RM250 bagi setiap pesawah yang akan disalurkan secara berperingkat, selewat-lewatnya hingga 16 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023
Penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat di tiga negeri Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. - Gambar fail
Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesir dan Turkiye dari 27 Mei hingga 1 Jun, 2024.
Manchester United bertambah baik
Manchester United menghadirkan kejutan besar dan prestasi terbaik kelab tersebut penghujung musim apabila merangkul Piala FA.
Memacu Malaysia Airports ke peringkat lebih tinggi, memperkukuh kesalinghubungan untuk pertumbuhan mampan
Potensi penambahbaikan yang diketengahkan oleh konsortium tersebut akan memberi manfaat kepada MAHB.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
Pameran diilhamkan perjalanan seni M Nasir Jun ini
SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu M.Nasir. Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
Man Utd sah bermain di UEL
Selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris Manchester United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Eropah (UEL), musim depan.
6,000 ayam rentung, reban terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah memaklumkan kebakaran melibatkan satu daripada 11 reban ayam, yang mengandungi sekitar 5,000 ke 6,000 ayam.
KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di Sabah hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan RM15 juta akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus menjelang tahun 2030.
Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.
Isu khutbah boikot: Polis terima laporan video isu boikot ketika khutbah
Polis menerima laporan berhubung sebuah video yang memaparkan isu boikot yang disampaikan semasa khutbah solat Jumaat di Perak baru-baru ini.
Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400
Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.
RM2.5 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 disalurkan - KKM
Permohonan tersebut diluluskan Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin.
Bayaran khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid dilewatkan kepada 17 Mei
Bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di Kedah yang sepatutnya dibayar pada 18 April lepas terpaksa dilewatkan kepada 17 Mei depan.
Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid
Kerajaan Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di negeri ini.
Penjawat awam Pulau Pinang terima 'duit raya' 17 April ini
Seramai 7,078 penjawat awam Pulau Pinang bakal menerima BKK sebanyak 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,500.
LPP kenal pasti senarai pesawah layak dapat Bantuan Khas Bernas
Penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat di tiga negeri Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Perlis lulus bantuan khas RM700 kepada kakitangan awam
Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah.
Penjawat awam Melaka terima dua bantuan khas kewangan - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan pemberian dua bantuan khas kewangan kepada kumpulan penjawat awam di negeri itu.
Kedah sedia bantuan khas berjumlah RM5 juta
Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan khas berjumlah RM5 juta dalam usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dimaklumkan hari ini.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas RM1,500
Bantuan khas kewangan melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta itu akan dibayar pada Disember ini.